some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Monday, June 26, 2006

korang nak cakap aku promote maxis pun cakap laa

sejak bermulanya musim Piala Dunia ni banyak kali aku dikejutkan oleh deringan SMS dari handphone aku. penghantarnya; Maxis. tujuannya; mengupdatekan aku dengan keputusan perlawanan semalam yang mana aku tak pernah nak amik tahu. boleh je kalau aku nak suruh dia jangan hantar lagi tetiap pagi, tapi aku tak nak. kenapa? sebab aku menganggapnya sebagai ucapan selamat pagi.

kalau nak difikirkan memang bodoh dan mengada-ngada alasan yang aku bagi tu. tapi apa la salahnya aku mengidamkan ucapan selamat pagi. dan benda ni membuatkan aku terpikir kepada benda yang lebih mengarut lagi. kalau aku kasi idea kat maxis suruh bagi ucapan selamat pagi dalam bentuk SMS atau lebih radikal lagi, buat wake up call kepada pelanggan maxis yang mengada-ngada (aku tak termasuk dalam kategori mengada-ngada macam ni), mesti aku boleh buat duit.

atau kalau nak lebih pathetic lagi, buat servis yang membolehkan pengguna boleh berborak ketika kebosanan. kerajaan mesti setuju dengan cadangan aku pasal ni boleh mengurangkan jumlah graduan menganggur. boleh keje layan borak orang-orang yang bosan. boleh la orang-orang yang bosan ni atau yang nak mencari tempat untuk meluahkan perasaan ni meluahkan perasaan mereka.

oh, aku lupa. sekarang pun dah ada servis macam tu. cuma perlu taipkan ON CINTA dan sms ke 3****2. kalau yang terguris hatinya, boleh la menaip ON GURIS dan hantar ke nombor yang sama.

nampaknya cadangan aku ni dah lapuk. tak boleh cari makan la aku cam ni.

tapi aku masih mengidam ucapan selamat pagi.

this is my 200th post!!

yay!! i'm celebrating my 200th post in this blog. of course la there's nothing to be excited about. i'm just being silly.

Tuesday, June 20, 2006

LINK---LINK---LINK---LINK

i've got nothing much to do, so i just went through the world wide web and found a lot of blogs that i found interesting.

:: sweet and sound - an mp3 blog. punk/hc and metal stuff.
:: new york hack - a blog written by a female new york cabbie.
:: khalid jaafar - a blog by khalid jaafar.
:: maya tan - a blog by maya tan abdullah.
:: syed syahrul - a blog by syed syahrul. i wonder what happen to his sireh and cengkeh terpilih?
:: jr - a blog by jr.
:: hilang punca - a blog by pipi.
:: patah balek - a blog by fathi.

gua nak jogging pagi tadi tak dapat

for the past few days, i've been following this forum on ummahonline.com. i'm not that religious enough to participate in this kind of forum (btw,all i did was read the forum. i didn't actually participate in it.), but there're a lot of informations for me to absorb and think about.

what dissapoints me is that some of the participant in that forum didn't provide concrete explanation to point out what they're saying.

my advice to those who wanted to check out the forum or participate in it, throw away your prejudicial thoughts.

and i've posted some pictures i've took while i'm in mecca and madinah. just click here to view it.

Monday, June 19, 2006

no harm is done

i know what you guys thinking. but what the hell. besides, no harm is done here.

[Tag: Let Me Tell You About My Perfect Lover]

Here are the rules:
- The tagged victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.
- Have to mention the gender of his/her perfect lover.
- Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.
- If you are tagged the second time. There is NO need to do this again.
- Lastly, most importantly, HAVE FUN DOING IT.

my perfect lover:

- cute
- understands me
- accept me for who i am
- supportive
- show that she appreciates me
- didn't take me for granted
- share quite the same interest
- that i'm happy to be with

i don't know if this really is my characteristics of perfect lover. contrary to this tag, i don't really believe in perfect lover. the reason? because i don't believe that anything perfect exist in this world (of course la exclusion goes to GOD). besides, this tag was only meant for fun. other than that, person who had nothing else to do, like me, could fill up his/her precious time answering this tag, and writing something inside this blog.

don't worry. i'm not sending this tag to anyone. but feel free to 'tag' your own self if you're having fun with it.

Saturday, June 17, 2006

segmen sukan

sekarang musim bola. namun kegairahan itu tak berjaya menggugat aku. pekik la korang tengah-tengah malam, bersengkang mata la korang, bercerita la korang seberapa ghairahnya, aku memang tak layan. takde sebab tertentu aku tak suka bola. cuma aku tak rasa ghairah macam kebanyakkan (baca:peminat bola sepak) orang rasa bila tiba musim bola, tak kira la musim piala dunia ke, piala FA ke, piala UEFA ke piala Malaysia ke, apa-apa je la. malahan, aku tak rasa seronok sangat bila tengok bola kat TV. jangan kata aku tak cuba nak minat bola. aku dah pernah cuba mengikuti perkembangan piala FA England suatu masa dulu, tapi macam aku kata, aku tak seronok. jadi aku buat keputusan menjauhkan diri dari mengikuti perkembangan bola sepak. lagipun aku bukannya reti main bola sepak pun.

kalau nak difikirkan balik, aku rasa bola sepak bukan satu-satunya sukan yang aku tak berapa nak minat. seingat aku, aku tak pernah bagus dalam memainkan apa-apa sukan pun, apatah lagi nak wakil sekolah.

zaman sekolah rendah; tak banyak sukan yang boleh diceburi. macam biasa, bola sepak menjadi kegilaan kebanyakkan pelajar lelaki kat sekolah aku. pelajar perempuan pulak banyak yang tergilakan pemain bola sepak. jadi secara rasionalnya takde orang yang tergilakan aku. tapi tu bukan motivasi aku untuk mencuba sukan bola sepak pada masa tu. mungkin untuk menjadi 'cool' dan tak dianggap 'nerd'. seingat aku, aku tak pernah nak cuba mengorat perempuan masa zaman sekolah rendah.

ok, berbalik cerita pasal bola. kat sekolah aku tu, siapa yang nak main bola kena ada kelengkapan. bukan setakat but bola, short pun kena short bola, baru nampak cool. tapi aku time tu jangan kata but bola, short yang aku ada time tu cuma bermuda short yang panjang sikit dari short bola, pastu ada corak-corak. tapi aku bertekad nak main jugak.

tak pernah skali pun aku rasa seronok main bola time tu.

zaman sekolah menengah; aku tercampak ke kuala pilah. tempat yang aku rasa menjadikan siapa aku sekarang (walaupun tak 100%). aku dah perasan ke'tempangan' aku dalam sukan, tapi aku masih mahu mencuba atas motivasi sijil dan pengalaman.

tak banyak sukan yang aku cuba. cuma kriket dan hoki, mungkin ada terselit bola baling, tapi aku tak berapa nak ingat. yang jelasnya, aku takde bakat dan minat. aku sedar awal-awal, dan aku tarik diri awal-awal.

tapi aku seronok main bola sepak dengan kengkawan. walaupun aku kaki bangku, tapi aku tak kesah apa orang fikir. walaupun aku tak dilahirkan berbakat dalam sukan, tapi aku tak mengenepikan keseronokkan dalam bersukan.

benda paling seronok yang aku jumpa time aku sekolah menengah. muzik, dan kengkawan. walaupun aku sampai sekarang satu jenis instrumen muzik pun aku tak reti nak main, tapi aku rasa benda ni la yang aku rasa aku minat sejujur-jujurnya time tu (dan sekarang). dan kengkawan pulak menjadikan zaman tu antara zaman paling seronok dalam kehidupan aku.

tapi benda ni tak sesuai nak cerita kat sini, pasal ni segmen sukan, bukan segmen kehidupan nazir omar @ keju di sekolah menengah.

abis sekolah menengah, aku mula intai-intai gelangang F1. time tu baru dapat lesen kereta, macam-macam la nak berangan. aku cuba ikut perkembangan F1. kalau nak ikutkan, race F1 ni 'kaku'. takde apa yang menarik kecuali kalau ada eksiden atau ada aksi potong-memotong yang mengagumkan. tapi ada satu benda yang aku nak dengar setiap kali aku tengok F1 kat TV. aku nak dengar apa pengulas dia cakap. kenapa? sebab mengikut pemerhatian (dan pendengaran) aku, pengulas F1 ni takde benda sangat yang diaorg boleh cakap berkaitan dengan perlumbaan yang tengah berlangsung. jadi diaorg banyak cakap hal-hal yang di luar perlumbaan, tapi masih berkaitan dengan F1. contohnya dalam hal undang-undang FIA, teknologi kereta, perihal kejuruteraan seperti aerodinamik dan sebagainya dll. benda ni yang aku minat nak dengar.

tapi sekarang aku dah tak tengok F1 lagi dah. sejak musim lepas lagi aku dah mula bosan dengan F1. bukan apa, aku benci tengok michael schumacher je yang menang. dan walaupun sekarang bukan dia lagi yang mendominasi podium, mungkin aku dah lupa keseronokkan menonton F1. pernah sekali, aku mengabaikan tiket F1 percuma yang aku dapat dari bapak aku semata-mata sebab aku nak pergi gig R.A.M.B.O kat aeropub.

sekarang aku rasa hidup aku dah kurang berkait dengan sukan. bersukan petang-petang pun dah jarang. tu yang badan aku naik mendadak ni.

orang kata kalau badan naik ni petanda senang hati. aku pun senang hati je la.

p/s: kalau korang peratikan, sejak kebelakangan ni aku banyak menulis dalam bahasa melayu. sebenarnya aku nak memperbanyakkan menulis bahasa inggeris pasal aku nak praktis. tapi kekadang tu aku takde mood atau mood aku down atau aku saja malas nak berfikir banyak. tu yang aku tulis dalam bahasa melayu.

mean thoughts and cheap shots

i envy those who're able to connect using broadband connection. believe me, if i have the luxury to make the decision, for sure i've been using broadband connection a long time ago.

but still, i'm stuck with this one option, dial up connection. sucks eh? i have to give up hope to stream songs or videos. and without that, i wouldn't be able to check out cool bands, hearing their songs or watching their live videos or video clips. downloading will take forever!!

Friday, June 16, 2006

I'm So Much Younger Than Nazir Omar! Hah!

You Are 18 Years Old


13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

Thursday, June 15, 2006

kepala hotak dia aku 29 tahun!

You Are 29 Years Old

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

how you live your life

How You Live Your Life

You seem to be straight forward, but you keep a lot inside.
You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think.
You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences.
You have one big dream in your life, and you never lose sight of it.

Wednesday, June 14, 2006

real-reveiw.blogspot.com

i've created a new blog, strictly for writing reviews. it has a rather lousy name. maybe i'll change it later. but for now, you can click here to go there. i've posted some reveiws there.

bye bye!!

kekadang tu kita bosan, kekadang marah, kekadang tu kita seronok, tapi tak lama, sekejap je

hari ni, aku tengok The DaVinci Code kat pawagam. tak sangka ada lagi cerita tu kat pawagam.

keluar je dari panggung, aku sms zairi ngan syix. syik tak balas, dia takde kredit. lagipun dia sibuk. kekadang aku talipon pun dia takde masa nak cakap.

zairi balas..

"aku pun tgh tgk. aku x caya holy grail ada."

aku simpan dulu henset aku. susah nak balas sms time keluar dari panggung ni. aku pun tak paham kenapa jalan keluar dari panggung wayang dia buat berbelit-belit. jalan berbelit satu hal, awek yg keluar dari panggung pulak ramai. camana aku nak konsentrate tulis sms.

jumpa je jalan keluar aku terus pegi tandas. ada tandas RM2 kat KLCC. tapi jangan harap la aku nak masuk.

keluar je dari tandas, aku duduk. balas sms zairi..

"aku pun tak caya. tapi kalau tgk dari sudut lain, ada kebenarannya"

saja aku bagi ayat tergantung. lagipun aku nak explain lelebih kang banyak sangat pulak nak taip teks pesanan ringkas. aku terus tekan 'send'.

aku jalan ke stesen lrt. dalam perjalanan aku singgah beli cinnamon. ingatkan nak beli cinnamon kat Cinnabon, tapi macam mahal je. aku beli 2. satu untuk akak aku.

destinasi terakhir aku, stesen komuter subang jaya. jadi aku amik lrt pegi KL Sentral. ada factory outlet punya sale. aku usha backpack. manala tau, ada peluang melancong lagi.

kejap je tunggu komuter. tak sempat nak abis makan cinnamon.

naik komuter. takde tempat duduk. kena berdiri.

henset aku berbunyi. zairi balas...

"aku tgh tgk part kat tomb issac newton. best cerita ni. macam indiana jones. kena selesaikan puzzle. tapi orang cakap buku dia lagi best."

aku terus balas...

"buku dia mmg best. baik ko baca. movie dia banyak part tak sama. kurang thrill. tapi isi2 penting dia ada laa."

bila aku angkat balik kepala aku, akak aku dah takde. aku cari dia. rupanya dia dah dapat tempat duduk. aku cari tempat duduk kosong. takde. berdiri la aku sampai stesen subang...

Saturday, June 10, 2006

i'm home

i'm back again. i've got so much to write (or so it seems), but i've still got a lot to catch up with. here are the things that i've missed during my 2 weeks of absence:

1. da vinci code (the movie) - all i could do is wait for the dvd version to come out.

2. world news - i don't understand arabic, so don't ask why i don't read papers there.

3. blogs - right now i'm updating myself by reading blogs by friends and strangers for posts that i've missed during the 2 weeks.

4. jafni's marriage - logically, i couldn't catch up with that.

5. gigs & events - but most of the gigs and events happend outside my hometown, which means that even if i didn't go anywhere during the past 2 weeks, i may not attend those events as well.

6. international slayer day - no mp3 means no slayer.

7. _________ (fill this blank for me) - update me on the latest happenings during my absence.


and here are the things that i miss while i'm there:

1. nurul ashikin

2. my MP3 collection

3. tegan and sara

4. newspapers i could read


and so, the trip went well. has i changed? i don't know. but for sure, this trip was an experience of a lifetime. i'll update something later. semusim di neraka is waiting for me.