some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Saturday, June 17, 2006

segmen sukan

sekarang musim bola. namun kegairahan itu tak berjaya menggugat aku. pekik la korang tengah-tengah malam, bersengkang mata la korang, bercerita la korang seberapa ghairahnya, aku memang tak layan. takde sebab tertentu aku tak suka bola. cuma aku tak rasa ghairah macam kebanyakkan (baca:peminat bola sepak) orang rasa bila tiba musim bola, tak kira la musim piala dunia ke, piala FA ke, piala UEFA ke piala Malaysia ke, apa-apa je la. malahan, aku tak rasa seronok sangat bila tengok bola kat TV. jangan kata aku tak cuba nak minat bola. aku dah pernah cuba mengikuti perkembangan piala FA England suatu masa dulu, tapi macam aku kata, aku tak seronok. jadi aku buat keputusan menjauhkan diri dari mengikuti perkembangan bola sepak. lagipun aku bukannya reti main bola sepak pun.

kalau nak difikirkan balik, aku rasa bola sepak bukan satu-satunya sukan yang aku tak berapa nak minat. seingat aku, aku tak pernah bagus dalam memainkan apa-apa sukan pun, apatah lagi nak wakil sekolah.

zaman sekolah rendah; tak banyak sukan yang boleh diceburi. macam biasa, bola sepak menjadi kegilaan kebanyakkan pelajar lelaki kat sekolah aku. pelajar perempuan pulak banyak yang tergilakan pemain bola sepak. jadi secara rasionalnya takde orang yang tergilakan aku. tapi tu bukan motivasi aku untuk mencuba sukan bola sepak pada masa tu. mungkin untuk menjadi 'cool' dan tak dianggap 'nerd'. seingat aku, aku tak pernah nak cuba mengorat perempuan masa zaman sekolah rendah.

ok, berbalik cerita pasal bola. kat sekolah aku tu, siapa yang nak main bola kena ada kelengkapan. bukan setakat but bola, short pun kena short bola, baru nampak cool. tapi aku time tu jangan kata but bola, short yang aku ada time tu cuma bermuda short yang panjang sikit dari short bola, pastu ada corak-corak. tapi aku bertekad nak main jugak.

tak pernah skali pun aku rasa seronok main bola time tu.

zaman sekolah menengah; aku tercampak ke kuala pilah. tempat yang aku rasa menjadikan siapa aku sekarang (walaupun tak 100%). aku dah perasan ke'tempangan' aku dalam sukan, tapi aku masih mahu mencuba atas motivasi sijil dan pengalaman.

tak banyak sukan yang aku cuba. cuma kriket dan hoki, mungkin ada terselit bola baling, tapi aku tak berapa nak ingat. yang jelasnya, aku takde bakat dan minat. aku sedar awal-awal, dan aku tarik diri awal-awal.

tapi aku seronok main bola sepak dengan kengkawan. walaupun aku kaki bangku, tapi aku tak kesah apa orang fikir. walaupun aku tak dilahirkan berbakat dalam sukan, tapi aku tak mengenepikan keseronokkan dalam bersukan.

benda paling seronok yang aku jumpa time aku sekolah menengah. muzik, dan kengkawan. walaupun aku sampai sekarang satu jenis instrumen muzik pun aku tak reti nak main, tapi aku rasa benda ni la yang aku rasa aku minat sejujur-jujurnya time tu (dan sekarang). dan kengkawan pulak menjadikan zaman tu antara zaman paling seronok dalam kehidupan aku.

tapi benda ni tak sesuai nak cerita kat sini, pasal ni segmen sukan, bukan segmen kehidupan nazir omar @ keju di sekolah menengah.

abis sekolah menengah, aku mula intai-intai gelangang F1. time tu baru dapat lesen kereta, macam-macam la nak berangan. aku cuba ikut perkembangan F1. kalau nak ikutkan, race F1 ni 'kaku'. takde apa yang menarik kecuali kalau ada eksiden atau ada aksi potong-memotong yang mengagumkan. tapi ada satu benda yang aku nak dengar setiap kali aku tengok F1 kat TV. aku nak dengar apa pengulas dia cakap. kenapa? sebab mengikut pemerhatian (dan pendengaran) aku, pengulas F1 ni takde benda sangat yang diaorg boleh cakap berkaitan dengan perlumbaan yang tengah berlangsung. jadi diaorg banyak cakap hal-hal yang di luar perlumbaan, tapi masih berkaitan dengan F1. contohnya dalam hal undang-undang FIA, teknologi kereta, perihal kejuruteraan seperti aerodinamik dan sebagainya dll. benda ni yang aku minat nak dengar.

tapi sekarang aku dah tak tengok F1 lagi dah. sejak musim lepas lagi aku dah mula bosan dengan F1. bukan apa, aku benci tengok michael schumacher je yang menang. dan walaupun sekarang bukan dia lagi yang mendominasi podium, mungkin aku dah lupa keseronokkan menonton F1. pernah sekali, aku mengabaikan tiket F1 percuma yang aku dapat dari bapak aku semata-mata sebab aku nak pergi gig R.A.M.B.O kat aeropub.

sekarang aku rasa hidup aku dah kurang berkait dengan sukan. bersukan petang-petang pun dah jarang. tu yang badan aku naik mendadak ni.

orang kata kalau badan naik ni petanda senang hati. aku pun senang hati je la.

p/s: kalau korang peratikan, sejak kebelakangan ni aku banyak menulis dalam bahasa melayu. sebenarnya aku nak memperbanyakkan menulis bahasa inggeris pasal aku nak praktis. tapi kekadang tu aku takde mood atau mood aku down atau aku saja malas nak berfikir banyak. tu yang aku tulis dalam bahasa melayu.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hahaha ko hebat pe main futsal. scorer tebanyak.
jom kita main futsal lagi

12:23 PM

 
Blogger Freeviolence said...

ko ingat tak kita main futsal ari tuu...ha..ha

4:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

weh keju ka nie ?

10:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ha ah, ni aku, keju. apa cerita yaser?

12:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sial, sampai sekarang kaki aku tak buleh stand dengan betul. Ini semua pasal kau la keju! Aku nak mintak ganti rugi!

9:28 PM

 
Blogger nazir said...

eleh! baru bagi bola sikit dah terkehel kaki. belum aku sepak kuat lagi. nampak sangat tulang rawan ko dah mereput. ko duk rumah main daun je cukup laa..

7:59 AM

 

Post a Comment

<< Home