skipping dan kesedaran perut semakin memboroi
ni gua cuma nak promote blog akhdan. dia yg suruh. dia cakap dia baru update.
tapi jangan risau, bukan akhdan yang semakin memboroi. aku cuma menyelitkan sedikit elemen dari blog akhdan. aku yang semakin memboroi walaupun diselitkan usaha picisan seperti skipping tah berapa minit je sehari. dan usaha untuk berjogging di taman bersebelahan istana johor yang kadangkala dipenuhi kaum wanita sering menemui jalan buntu walaupun telah diselitkan beberapa 'motivasi sampingan'.
dan semalam aku berjaya menikmati keseronokkan menonton perlawanan bola sepak antara portugal dan england. mungkin kerana aku tak menonton keseorangan, mungkin juga disebabkan faktor restoran aliff yang boleh dinobatkan restoran mapley tercantik di jb. mungkin juga faktor perlawanan yang menarik dan mungkin juga kerana diselangi lawak daripada jimbo.
apa-apa pun, aku agak menyesal kerana tak menonton perlawanan diantara perancis dan brazil. walaupun aku pernah buat confession yang aku tak minat bola, tapi dalam diam-diam aku ada jugak team favourite. perancis. pasal aku pernah tengok match diaorg lawan brazil masa final world cup tahun 1998 kan?
yang penting, perut aku memang semakin boroi.