some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Saturday, November 25, 2006

this picture was taken with a smile



this picture was taken a few minutes before our farewell dinner, a few days before our spm and a few weeks before the end of our school years..

aku bersekolah di gentam, kuala pilah. orang panggil sekolah macam ni sekolah berasrama penuh. aku masuk sejak tingkatan 1 lagi. dan tak sampai beberapa minggu aku kat sekolah ni, aku dah dapat gelaran, keju. kalo nak tau macam mana aku dapat gelaran tu, tanya je aku. kalo aku rajin, aku jawab, kalo aku moody, harap maaf la kan.

sekolah ni dah mengajar aku macam-macam. aku pernah main kriket, main ragbi, berlakon kat pentas, berbahas, tu kalo nak cerita yang baik-baik laa. yang tak elok tu tak payah la aku terangkan panjang lebar. korang sendiri pun sedia maklum.

aku mengenali musik dan punk rock di sekolah ini. aku didedahkan pertama kali dengan musik ini oleh buji melalui kompilasi punk o rama, dan sejak dari situ aku terus menyelongkar dunia musik yang lain.

daripada situ jugak aku kenal dengan diy. aku membeli kaset dan zine diy pertama aku iaitu 76 Seconds dan Huh! Zine di studio atoy, kuala pilah. namun aku tak pernah melibatkan diri secara aktif dalam kelompok diy ketika itu, sehinggalah aku habis sekolah.

esok aku nak ke serting. apis kawin. tahniah! ekor tu ko buang lum nak kawin esok ni?

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hahahahahaha...kurus gila siol
yeke ke punk o rama? aku pun lupa dah..lama siol..m nasir nak campak mana beb? :)
nostalgia tetap nostalgia beb..
1995-1999 the best period of my life...PERIOD!!!!

5:27 PM

 
Blogger nazir said...

ko cakap aku yg kurus ke ko yg kurus? heheh..punk-o-rama vol 1 tak silap aku. m nasir tetap m nasir, punk rock tetap punk rock. hahahah...

yah, it definitely is one of the best period of my life..

3:52 AM

 
Anonymous Anonymous said...

dua2 la sama kurus..semua kurus la dlm gamba tu..mcm sial je aku tgk. woi kau byk lagi gamba2 skolah? bongek byk tu gamba sekolah..dua album besar..

8:10 AM

 

Post a Comment

<< Home