some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Tuesday, February 20, 2007

cinta

tagline filem ini sudah hampir mengisahkan segalanya; sebuah kisah tentang kasih. memandangkan filem ini adalah hasil dari malaysia, aku tak dapat menghilangkan dari kepala otakku stereotaip cerita cinta melayu yang cuba untuk romantik tapi sebenarnya meleweh-leweh, yang cuba untuk menyentuh realiti tetapi sebenarnya plastik dan yang cuba untuk menyelitkan lawak tetapi macam biawak.

tapi pada aku filem ini memang bukan tipikal filem cinta melayu. ya, sepet dan gubra juga wajar diberi penghargaan memandangkan tema besar yang diketengahkan dalam filem-filem tersebut juga cinta, tapi pada pendapat aku, sepet dan gubra cuma menjadikan tema cinta sebagai landasan untuk mengetengahkan isu-isu yang lebih besar, yang lebih berat, sedangkan filem cinta pada pandangan aku banyak menggarap isu tentang cinta, walaupun ada isu-isu lain yang cuba diketengahkan, tetapi kebanyakkannya hanyalah selingan, dan tidak signifikan seperti yang diketengahkan oleh gubra dan sepet.

5 cerita utama dalam filem ini bertemakan cinta, yang kadangkala berkait dan bertindih dalam beberapa babak yang tertentu.

seperti biasa, aku memang malas untuk menyelitkan spoiler dalam review. tapi cukup untuk aku nyatakan bahawa filem ini bukan sahaja mengetengahkan 5 kisah tersebut. malahan, terdapat juga kisah-kisah yang juga bertemakan cinta dalam 5 kisah utama. dan kisah cinta yang dipaparkan begitu menyeluruh, dari kisah cinta seorang suami kepada isteri, seorang akak kepada adik, seorang anak kepada bapanya, seorang cucu kepada atuknya dan banyak lagi. apa yang anda perlu buat hanya tonton, dan berfikir.

isu yang cuba disampaikan juga menarik. contohnya dalam 2 kisah berbeza, iaitu kisah eizlan yusuf (azlan) dan fasha sanda (azura) serta rashidi ishak (harris) dan rita rudaini (airin). kedua-duanya menyentuh isu materialism dalam perhubungan. satu kisah menceritakan bagaimana azlan berjaya menambat hati azura dengan satu makan malam yang mewah dan fancy, dan kemudiannya berjaya melamar azura dengan cincin berlian, sedangkan dalam kisah yang lain, harris ditinggalkan isterinya (airin) demi jejaka yang lain sedangkan harris juga tidak kurang dari segi kebendaan dan kasih sayang. dalam kisah harris dan azura ini juga diselitkan bagaimana seorang anak kecil yang peka kepada perasaan bapanya.

kisah pierre andre (taufiq) dan sharifah amani (aryana) pula pada aku cuba menyampaikan bahawa kadangkala cinta tak perlu dicari, cinta tak perlu dicari di akhbar mahupun myspace (myspace ni metaphor aku sendiri). kadangkala ianya di depan mata kita sendiri.

kalau aku nak sebutkan satu-satu isu yang diketengahkan rasanya tidak adil (walaupun sebenarnya aku malas) sedangkan korang sendiri boleh menganalisa isu-isu tersebut dari kaca mata korang sendiri. jadi macam aku katakan tadi, kalau berminat, tonton lah cerita ni, dan jangan lupa untuk berfikir.

rating cerita ni aku berikan 4 daripada 5 bintang.

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kalau kau dah tgk citer Love Actually
mesti kau boring tgk cita Cinta ni sbb tiru nak mampus.

4:54 PM

 
Blogger syik s. said...

4 dari 5 bintang? come onnn!!!

8:47 AM

 
Blogger Jorji said...

kau perlukan cinta...bukan film cinta..:)

atau,sekurang-kurangnya layan Cinta Buatan Malaysia...cinta yang bahagia..yang paling utama..

cinta itu satu tumbukan padu ke mata kanan dan lebamnya bertahan selama seminggu.itu je.

:)

11:01 AM

 
Blogger nazir said...

haha..ya, aku mungkin perlukan cinta..tapi mungkin bukan sekarang. bukan pasal aku takut dengan 'tumbukan' cinta, cuma aku nak hilangkan 'lebam' yang lama.. hehe..

memang diakui rating untuk filem ni agak overrated, tapi ni filem malaysia beb. maybe it deserve some credit to have a film like this coming out of malaysia. don't u think so?

yah..aku belum tengok love actually, tapi aku dapat membayangkan bertapa bosannya tengok cerita yg ditiru. contohnya..the departed!

1:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

asal lu pakai ayat skema ni..
credit kejadah....storyline tiru, lepas tu pakai pelakon yg market2.
ni boleh mendatangkan marah
hahaha

10:31 PM

 
Blogger syik s. said...

tapi departed menang award beb!

11:48 AM

 
Blogger nazir said...

menang la award bertimbun-timbun, cita tu tetap gua tak suka. bak kata buji, boleh mendatangkan marah! haha

5:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

cite industan la aku tengok, menangis sampai ke sudah. Aku naik marah pulak tengok cite tu.. x selesa jadinya... storyline industan. Kesimpulannya, before sunset dengan closer gak menang. hehehe...

12:22 AM

 

Post a Comment

<< Home