some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Thursday, February 08, 2007

sampai bila?

aku diserang batu kering. tapi aku pasti ia bukan TB. ia biasa menyerang bila aku nak tidur, dan lepas aku mandi. aku tak pasti kenapa ia menyerang time-time gitu tapi aku rasa faktor suhu memainkan peranan. satu yang aku pasti, ianya tak lain dan tak bukan disebabkan rokok.

ya..sejak kebelakangan ni aku memang kuat merokok. terutamanya ketika depresi menyerang aku tak lama dulu. rokok surya tu selamba je aku chain smoke tiga batang skali. kalo tak caya tanya adan.

walaupun zaman depresi aku dah hampir sampai ke penghujung (aku namakan ianya post-depression), aku tetap dengan tabiat merokok aku yang lama, heavy smoking. hasilnya, sudah hampir seminggu aku susah nak tido malam kerana batuk-batuk.

penyelesaian aku untuk malam-malam yang lepas memang mudah. aku tunggang ubat batuk. batuk aku hilang, mata pun berat.

tapi malam ni aku tak boleh minum ubat batuk. bukan pasal ubat batuk aku dah habis, tapi pasal esok aku ada mid term exam. aku kena study. jadi aku biarkan batuk aku ni jadi 'ubat' untuk mengatasi mata yang mengantuk. walaupun memang perit dada aku bila batuk menyerang, tapi aku tak boleh buat apa. semuanya bahana winston light dan surya.

jadi sekarang aku dah jarang isap rokok. sepanjang minggu ni aku isap dengan kadar 2 batang sehari, tiap satu untuk makan tengah hari dan malam. tu pun aku kena seiringkan dengan menghisap gula-gula hacks ataupun diselang-selikan dengan air limau suam.

sampai bila baru aku boleh berenti isap rokok?

3 Comments:

Blogger Jorji said...

jangan berhenti hisap rokok! ..rokoklah benda paling best sekali selepas makan...duduk sorang2..masa tension..atau nak rasa cool bila tak cool.rokok tak pernah kecewakan kita..rokok tak pernah tinggalkan kita...rokok sentiasa menemani kita. 100% kawan dan keliling kita adalah perokok.

thats fact!

...hisap Marlboro la! banyak camna pun hisap tak batuk punya!

11:26 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hahaha
thanks for smoking :p

12:28 PM

 
Blogger nazir said...

yup..rokok memang teman yg paling setia selepas 'rock n roll'. dua benda ni takkan tinggalkan kita selagi kita tak tinggalkan dia.

marlboro mahal j. winston light tu ok sebenarnya, cuma bila kena penangan surya..gini la jadinya.

4:42 PM

 

Post a Comment

<< Home