some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Sunday, September 24, 2006

election fever

tanggal 21 september 2006. hari mengundi untuk memilih majlis perwakilan MPP Universiti Malaya. untuk memilih calon-calon yang bakal menjadi suara pelajar. tapi bagaimana metaphor 'suara pelajar' itu di interpretasikan dalam majlis perwakilan? adakah sebagai wakil pelajar untuk menyuarakan pendapat para pelajar secara amnya ataupun sebagai suara pelajar tunggal agar pelajar lain tidak boleh bersuara? jawapannya penuh dengan konspirasi teori. macam konspirasi teori 9/11 dan pendaratan neil armstrong ke bulan. atau mungkin lebih dekat lagi, konspirasi teori yang dikemukakan oleh Dr. M mengenai rasuah yang dikesan berlaku didalam UMNO.

ya, aku pergi mengundi. tapi bukan atas dasar pro-aspirasi mahupun pro-pembangkang yang terlalu di overrated oleh media bila berlangsungnya pemilihan calon di IPTA. bukan juga atas dasar khabar angin bahawa terdapat pihak yang menggunakan wang pelajar demi kepentingan sendiri mahupun yang menggunakan taktik kotor ketika pemilihan calon.

aku mengundi untuk satu sebab. sebab yang aku sendiri pasti ianya benar, bukan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut. dan walaupun secara telusnya aku tak pasti apa perubahan yang akan berlaku hasil dari undian aku itu, aku cuma mahu melihat sebelah pihak itu jatuh. jatuh dengan ego-ego mereka sekali.

pesanan aku, jangan memandang rendah mereka yang di bawah apabila engkau di atas. emm..lebih jelas lagi, jangan pandang rendah pada sesiapa.

tapi hajat aku tak kesampaian.

namun undi aku tetap rahsia...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home