some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Friday, May 12, 2006

hamba menurut perintah

sekali lagi aku menulis dalam bahasa melayu, kali ni bukan sebab aku terpengaruh dengan penulisan orang lain. tapi bagi meraikan hari ulangtahun UMNO (aku pun dah lupa tarikh dia bila) yang dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan sejati bagi Tanah Melayu. tiada yang lebih layak dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan, hanya UMNO dan UMNO sahajalah.

niat dihati bukan nak berbincang hal politik, jauh sekali nak mengetengahkan idea atau pendapat tentang apa yang perlu diperbaiki untuk kebaikan rakyat jelata. cuma terkilan dan sedikit marah apabila ucapan sultan johor ada menyebut yang UMNO lahir di istana, bukan di tepi jalan.

tak taulah apa tujuan statement tu dikeluarkan dan dijadikan tajuk berita di akhbar utusan, tapi melalui pemahaman aku, apa yang ingin diketengahkan adalah, perjuangan UMNO adalah perjuangan yang suci dan bersih, juga mendapat mandat istana dan sultan-sultan yang memegang kuasa hanya kerana dilahirkan dalam keluarga diraja, bukannya perjuangan yang lahir dari kekotoran jalanan dan debu-debu kehidupan. kerana yang bermastautin di istana hanyalah raja dan sultan yang mulia sedangkan yang di tepi jalan hanyalah manusia biasa, rakyat yang tiada daulat mahupun kuasa. apa standard beb!!

bukannya hajat hamba nak jatuhkan sultan. tapi kenapa di caci dan dipandang rendah perjuangan di tepi jalan? bukankah itu yang dinamakan perjuangan rakyat untuk rakyat? perjuangan hasil daripada debu dan kekotoran kehidupan. bukannya perjuangan yang hanya pernah melihat kilauan emas.

bukannya hendak menafikan keikhlasan tuan hamba dalam memperkasakan bangsa, kerana kebolehan hamba hanya dapat melihat jasad dan bukannya apa yang terkandung dalam isi hati tuan hamba. tapi janganlah dinilai martabat seseorang itu dari keturunannya, kerana manusia tetaplah manusia. hanya jasad yang tiada kesempurnaan mutlak.

sampai di sini, izinkan hamba mengundur diri.

bye bye!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home