some of us laugh, some of us cry, some of us smoke, some of us lie... but it's all, just a way that we cope with our life - starsailor : some of us

Sunday, December 04, 2005

mari belajar bahasa...

aku sudah agak lama terpengaruh untuk menulis dalam bahasa melayu, dan kali ini, setelah melihat rakan-rakan yang lain menulis, boleh ku katakan, aku amat tertarik dari segi penyampaian mereka melalui bahasa yg senang difahami ini.

namun setelah melayari beberapa blog rakan serta rakan kepada rakan, kudapati pemahaman ku terhadap bahasa di dalam rumpun melayu ini begitu cetek sekali, sehinggakan begitu sukar untuk aku fahami apa yang cuba disampaikan. seringkali bahasa yang digunakan mirip atau diselitkan bahasa dari negara jiran, seperti yang sedang dieksperimentas oleh gue ini. dan seperti juga bahasa malaysia, terdapat beberapa perkataan yang di'bajak' (diambil) dari bahasa inggeris, juga bahasa dari ketamadunan yang lain. namun, tidak semudah yang gue fikirkan, ianya begitu sukar untuk difahami.

fenomena in membuat aku tertanya-tanya, bagaimana kita, dari golongan yang sukar untuk memahami bahasa-bahasa tertentu, atau maksud perkataan-perkataan tertentu, ingin mengungkap maksud ayat atau artikel itu secara keseluruhan. jika aku katakan bahawa mereka ini perlu menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami agar mesej mereka mudah diterima oleh orang 'kebanyakkan', sudah tentu dengan mudahnya aku dibidas, sepertimananya juga bidasan beberapa golongan hc/punk yang mempersoalkan apabila terdapat band atau individu yang ingin menyampaikan hasil seni mereka ataupun mesej mereka kepada audien yang lebih besar, mudah saja dipatahkan oleh mereka yang terlibat. sudah tentu situasinya berbeda, ianya sekadar metaphor.

disini, dapat dilihat bahawa situasi yang boleh memenangkan kedua-dua belah pihak tentunya pertama, pihak yang menyampai menggunakan bahasa yang yang mudah difahami golongan kebanyakkan, seperti yang dibincangkan di atas tadi, ataupun kedua, golongan yang membaca yang perlu memahami apa yang ingin disampaikan, tidak kira dengan apa cara sekalipun. tetapi, gue pikir, kesinambungan dari kedua-dua method ini juga perlu agar tiada pihak yang merasakan usahanya untuk berkongsi ataupun menerima ilmu hanya berlaku di sebelah pihak sahaja, sama ada yang menyampai itu syok sendiri dengan bahasa dan bidalan yang kompleks sehinggakan si penerima itu naik jelek untuk terus membaca/mendengar dan memahami lalu mengabaikannya terus, ataupun si penyampai itu sendiri yang naik jelek kerna perlu menerangkan butiran yang ingin disampaikan dengan begitu terperinci tanpa ada apa tindakan dari pihak yang menerima untuk cuba mencari sendiri atau mendalami maksud-maksud yang disampaikan.

iya, ilmu itu ada di mana-mana, namun siapa bilang semuanya mudah untuk dipelajari. daa..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home